Perjalanan bermula petang Jumaat 16 Sept 2011 dari kolej 4 lepas aku balik shopping dari Mid Valley. Ade 10 orang yg lain ikut same dengan bbekalkan 3 bijik kereta ( kereta Kelisa kunyit Asrul, Kelisa Hello Kitty Irma, Saga FL baru Kak Raihan ). Antaranya kak Raihan, Irma, Mas Mada Ayu Adriana =P, Che Nab, Asrul, Pijo, Nash, Azni, Sufiah n Mira ( anak buah kak Raihan ).
Dari UM kami bergerak menuju kampung Kak Raihan kat Kg Talang, Kuala Kangsar. Kami tiba di sana dalam pukul 10 lebih. Sampai kat sane rupenye ade tetamu lain jugak, abang Kak Raihan n keluarga mentuanya. Kami bkenalan dengan keluarga Kak Raihan. Opah, Tok Wan, mak n ayah kak Raihan. Sempat jugak aku tolong Tok Wan bakar lemang untuk persediaan open house kat rumah akak Kak Raihan kat Sg Petani keesokan harinye. Nash bertungkus lumus tolong bakar lemang sampai ke pagi sementara kami semua sibuk melelapkan mate. =P
Esok pagi lepas subuh kami berjalan kaki pusing Kg Talang. Suasana sangat indah yang xpernah aku jumpa sebelum ni. Sangat mendamaikan. Kami sempat singgah ke gerai hujung kampung untuk beli sedikit sarapan pagi. Selepas bersiap n sarapan di rumah opah, kami bergerak menuju ke Sg Petani ( rumah akak Kak Raihan ) untuk hantar Tok Wan. Kami sampai lebih kurang tengahari. Lepas tu kami teruskan perjalanan ke Kg Sg Padang, Kangar, Perlis untuk hadir ke majlis perkahwinan Syafiq n Maryam. Jenuh jugak nak cari rumah tu. Alhamdulillah akhirnya sampai ke tempat dituju. Kami datang berjumpa dengan pengantin, ambik gambar....sempat jugak aku bgambar ngan Maryam yg cantik bbaju pengantin. ( Jangan marah ye Bang Cik ) =P
Selepas majlis kenduri kami ambik kesempatan untuk singgah Padang Besar, Perlis untuk bershopping. hehehe. Banyak barang murah kat situ. Memang syurga untuk pembeli. Dalam perjalanan pulang ke Kuala Kangsar kami sempat lalu di ladang tebu Chuping. Malangnye hari da gelap xdapat nak tangkap gambar kat situ. Tapi sememangnya ladang tebu tu sangatlah luas n cantik untuk dinikmati pemandangannya.
Sebelum pulang ke Kuala Kangsar kami singgah di Sg Petani, Kedah untuk ambik Tok Wan n makan free kat open house rumah akak Kak Raihan. Lebih kurang pukul 11 malam kami bergerak pulang ke Kuala Kangsar. Kami tidur semalaman untuk berehat sementara lepas sehari suntuk berjalan.
Keesokan pagi lebih kurang pukul 12 kami singgah ke bandar Kuala Kangsar untuk makan cendol yang sangat sedap. Semapt jugak berpusing dalam bandar Kuala Kangsar untuk tengok sendiri suasana n istana Sultan Perak. Lepas tu kami terus bertolak balik KL dan tiba lebih kurang pukul 6 petang di kolej 4.
Betul2 terasa letih sebab banyak masa dihabiskan dalam kereta. Tapi pengalaman macam ni sangatlah manis n sukar dilupakan. =))
Sedikit kenangan manis untuk ditatap.
Ayam kat rumah Opah |
Irma n Che Nab di bendang belakang rumah Opah |
Hantaran perkahwinan |
Dalam bilik pengantin |
Bersama Syafiq n Maryam |
Makan cendol di bandar Kuala Kangsar sebelum pulang ke KL |
No comments:
Post a Comment